Utama Direktori Berita

Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia

Menggalakan pengajian dan kajiselidik di dalam teknologi pergigian & mengeratkan hubungan diantara Juruteknologi Pergigian seluruh Malaysia.

Selamat Datang Ke Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia

Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) telah diluluskan pendaftaran Pertubuhan pada 27 oktober 1998. Idea menubuhkan Persatuan ini telah di cetus kan oleh Tuan Hj Mohd Akil Bin Wan Chik serta beberapa orang lagi dikalangan Juruteknologi Pergigian.

Persatuan ditubuhkan bertujuan untuk menggalakan pengajian dan kajiselidik di dalam teknologi pergigian, mengeluarkan bulletin , journal dan majalah bagi menambah pengetahuan ahli, mengembangkan Sains Teknologi Pergigian sejajar dengan negara-negara maju dan mengeratkan hubungan diantara Juruteknologi Pergigian seluruh Malaysia.

Statistik Persatuan

0
Tahun Penubuhan
0 +
Ahli Berdaftar
0 +
Aktiviti Persatuan

KEPERLUAN PERAKUAN AMALAN BERDAFTAR PENGAMAL PROFESION BSKB

AKTA 774

Adalah dimaklumkan bahawa Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu (Pindaan Jadual Kedua) 2022 di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) telah diwartakan dan mula berkuatkuasa pada 24 Mac 2022. Pindaan Jadual Kedua 2022 ini menyenaraikan sebanyak 16 Profesion Kesihatan Bersekutu termasuk Profesion Juruteknologi Pergigian yang akan dikawal selia di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774).

Seseorang pengamal Juruteknologi Pergigian yang telah berdaftar dan berhasrat untuk menjalankan amalan dalam Profesion Kesihatan Bersekutu dikehendaki memiliki perakuan amalan yang sah, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta 774. Tempoh sah perakuan amalan ini adalah 2 (dua) tahun. Bayaran yang dikenakan bagi permohonan perakuan amalan adalah seperti berikut:

Bil Fi Perakuan Amalan Jumlah Fi (RM)
1. Permohonan Perakuan Amalan (Pertama Sekali Sahaja) RM 50
2. Pengeluaran Perakuan Amalan RM 200
*Bayaran untuk penjawat awam dikecualikan (RM200)

Untuk makluman jua, Malis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) telah melanjutkan tempoh peralihan bagi pendaftaran pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu sehingga 31 Disember 2026.


Perlanjutan ini bertujuan memastikan semua pengamal mendaftar dan memperoleh perakuan amalan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 774.